CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

CUTI-CUTI MELAKA

Cuti sekolah dah hampir ke penghujung. Sepanjang cuti ni, selain ada part time, di kampung setiap minggu ada kenduri Walimatul Urus. Anak-anak dah sibuk bertanya bila nak berjalan. Jadi, padi hari Isnin 22 Dis, aku bawa keluarga ke Melaka. Destinasi pertama: Zoo. Walaupun entah untuk kali ke berapa. Jadi, pagi-pagi masak untuk bekalan (bukan nak jimat tapi lebih menyelerakan) bertolak dan sampai jam 10.00 pg.


pintu hadapan Zoo Melaka

Lepas tension tengok gelagat lucu binatang. Nak ajar anak-anak untuk mengasihi makhluk ciptaan Allah. Walaupun bukan hari minggu, namun ramai pengunjung ke zoo ni. Mungkin antara zoo yang menarik di Malaysia berbanding zoo yang lain yang hampir pupus.

unta



menumpang kasih



Pak Belang



di puncak dunia

Lepas zoo, makan di Hutan Simpan Air Keroh, ke Bandar Hilir pusing-pusing dan balik sampai rumah pukul 6.00 petang.





























Monday, December 8, 2008

korban.....

Selamat Hari Raya Idil Adha kepada semua pembaca blogku. Hari ni kat kampungku seperti tahun-tahun lepas ibadah korban dilakukan walaupun dalam keadaan hujan lebat yang turun sejak malam lagi. Hujan rahmat. Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan termasuk seekor yang disumbangkan oleh stesyen radio Era. Aku kagum dengan kerja sama dan muafakat yang ditunjukkan oleh penduduk kampung bermula dengan kerja-kerja menumbangkan lembu, melapah, memotong daging, menimbang dan membuat penghantaran. Semua dilakukan secara kerja sama. Alhamdulillah sebelum masuk waktu Zohor selesai semua kerja.
melapah kulit lembu

bagi sama rata bang jangan terlebih terkurang

sebahagian daging yang siap dipotong
Disebabkan penduduk kampungku yang hanya sekitar 150 buah rumah maka 12 ekor lembu adalah banyak. Jadi pengagihan daging melangkau ke penduduk di petempatan PPRT (penduduk rakyat termiskin) yang berhampiran. Lauk untuk sebulan lepas. Lepas rendang, kari lepas kari, beriyani, lepastu panggang dan bermacam resepi lagi. Tahun depan kalau ada rezeki Insyaallah ada lagi.

Friday, December 5, 2008

Part Time Lecturer

Lama aku tak menulis dalam blogku ni. Walaupun cuti sekolah aku masih sibuk juga. Seperti biasa cuti sekolah ni aku dapat tawaran lagi untuk pensyarah sambilan di IPTHO (Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat) Cari duit tambahan. Kali ini aku mengajar kumpulan KPLI (R) -KDC dan KPDM-PLPS (Pra-Sekolah) - untuk guru-guru Kemas. Seronok juga mengajar bakal-bakal guru ni. Teringat masa kat maktab dulu.
sedang tekun mendengar kuliahku.



guru-guru kemas. Lepas ni gaji dipolma



sedang membuat pembentangan - ada markah tu

Kedua-dua kumpulan ini aku mengajar Bahasa Melayu Komunikasi. Bakal cikgu, kena pandai berkomunikasi apatah lagi berhadapan dengan murid-murid. Jangan nanti guru bercakap di depan, murid-murid tidur di belakang - boring. Sebabtu komunikasi ni penting kan cikgu.......



Friday, October 10, 2008

GANJARAN PENUH PUASA

Masa bulan Ramadhan yang lalu aku telah berjanji dengan anak lelaki tunggalku, 8 tahun, jika dia dapat mencukupkan puasa sebulan penuh, aku akan memenuhi permintaannya. Nasib baik permintaannya tak yang bukan-bukan - makan KFC dan bukan tapow balik. Jadi hari ini aku penuhi permintaannya. Suke dia.


Sedang menikmati ayam goreng KFC
Jadinya, hari ini aku bawa makan KFC. Anak-anak yang lain tumpang tui. Cerita pasal upah kalau cukup puasa ni, ada baiknya juga untuk mengajar anak-anak kita supaya mencukupkan puasanya. Bagi saya itu, antara caranya untuk kita mengajar pada peringkat permulaan, bila dia dah tau kewajipan berpuasa tak payah lagi kita janji dengan upah tertentu.
Tahun depan insyaallah giliran puteri bongsuku. Entah apa pulak yang dimintanya.

Tuesday, October 7, 2008

MASIH RAYA LAGI

Hari ini merupakan hari ke 7 raya. Walaupun sekolah telah beroperasi, tapi suasana raya masih terasa. Kat rumah aku, masih lagi banyak pengunjungnya terutama pelajar-pelajarku. Hari ini sahaja ada dua rombongan kelas yang beraya kat rumah aku. Disebabkan mereka ni notis awal nak datang, ada tak ada terpaksalah kami menyediakan juadah makanan. Tak sampai hati nak menghidangkan kuih raya je.

Sedang menikmati meehoon tomyam


Walaubagaimanapun hilang rasa penat kami menyediakan makanan apabila melihat keenakan pelajar-pelajarku menikmati juadah yang tak seberapa tu. Maklum tengah membesar, makanpun tengah sedap lagi. Menu hari ni meehoon tomyam.


Besok telah ada satu kelas lagi yang booking nak datang. Menu untuk besok - mee goring mamak. Senang, ringkas dan segera.

Sebahagian rombongan yang baru tiba

Zaman aku kecik-kecik dulu tak de can nak beraya ke rumah cikgu macam ni sebab rumah cikgu jauh kat bandar sedangkan aku duduk kat kampung. Sekarang cikgu-cikgu sekolah aku banyak orang tempatan, jadi banyaklah destinasi pelajar-pelajar ni nak tuju.

Anyway terima kasih kerana memeriahkan rumahku. Seronok tengok gelagat mereka.

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Telah genap sebulan berpuasa di bulan Ramadhan dengan menahan nafsu dan segala godaan yang mengurangkan ibadah suci ini, maka hari ini tibalah hari kemenangan - HARI RAYA AIDIL FITRI. Seperti biasa, rutin setiap tahun pagi raya ke mesjid menunaikan solat sunat idil fitri kira-kira 2 KM dari rumah kediamanku. Maka banyaklah orang-orang yang tak aku kenali di mesjid. Mungkin anak-anak orang kampung dari luar. Mereka seronok beraye di kampung.
Balik mesjid terus bersiap ke rumah bonda bersama isteri dan anak-anak. Sebelah petang ke rumah kakak/abang. Makan.....memang cukup mewah, rendang, ketupat dan aneka kuih..sampai tak termakan.
Anak-anak........suke dapat duit raya. Alhamdulillah zaman mewah.
Di ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada:
1. Rakan-rakan sekerja
2. Pembaca ruangan ini
3. Pelajar-pelajarku (termasuk yang mendapat hukuman tegar)
4. Semua yang mengenaliku
Kepada pelajar-pelajarku yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM, ingat! dalam keseronokan menyambut raya jangan lupe peperiksaan yang akan menentukan nasib masa depan anda.
Selamat Hari Raya

Monday, September 8, 2008

Istimewa Ramadhan Tahun Ini



Ramadhan pada tahun ni agak istimewa dan unik. Cuba kita sama-sama perhatikan. Ramadhan merupakan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. September juga merupakan bulan ke 9 dalam kalendar Masehi. Oleh itu pada tahun ini puasa kita jatuh pada bulan yang sama iaitu bulan ke 9.

Awal puasa (1 Ramadhan) pula jatuh pada 1 September dalam bulan Masehi. Jadi secara kebetulannya pula Ramadhan pada tahun ini mempunyai kesamaan dengan bulan Masehi. Itu yang dikatakan istimewanya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menambahkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan yang istimewa ini. Ha.... bagaimana pula nanti pada 16 Ramadhan atau 16 September. Adakah satu tarikh yang istimewa juga. Kita tungguuuu.....

Tuesday, September 2, 2008

Uniknya Pasar Ramadhan



Datangnya setahun sekali. 'Pasar Ramadhan'. Bukan saja di bandar besar, tetapi di pekan-pekan kecil pun terdapat pasar yang unik ini. Bila tiba bulan puasa saja tempat ini dipenuhi oleh mereka yang mencari rezeki dengan menjual pelbagai macam juadah untuk berbuka puasa kepada mereka yang tak sempat menyediakannya. Daripada aneka jenis air, kuih muih hinggalah ke lauk-pauk. Semua ada. Di pekan sekecil Sri Medan inipun tak kurang hebatnya.


Hari ini, hari kedua umat Islam berpuasa. Semalam aku datang ke pasar ini nak beli martabak 'Yani' yang terkenal enaknya. Hampa kerana orang terlalu ramai. Nak tunggu order 2 jam belum tentu dapat. Hampa.

Hari ni pergi lagi. Kira-kira 20 orang menunggu untuk mendapatkan order. So.. hampa lagi.
Orang ramai menunggu di depan gerai Martabak Yani
Nampaknya kena tunggu besok pulak. Kena datang awal agaknya baru boleh dapat. Ada juga gerai lain yang menjual martabak, tapi tak sama dengan Yani punya. Sabar separuh dari iman. Ok Yani besok 10 keping. Geram punya pasal.

Thursday, August 28, 2008

Histeria

Pagi ni hujan turun dengan lebat. Banyaklah pelajar yang datang lewat ke sekolah. Kebanyakannya menaiki motor meredah hujan. Kesian pelajarku. Walaubagaimanapun proses P&P tetap diteruskan. Tiba-tiba keheningan pagi tadi aku dikejutkan oleh seorang pelajar yang menjerit-jerit dan berlari-lari. Aku diberitahu bahawa seorang pelajar telah mengalami histeria. Alamak, maka akupun teringat masalah histeria di sebuah sekolah di Kuantan. Jangan menular kat sekolah aku pulak.
Nasib baik ada seorang tukang kebun yang tahu sedikit jampi serapah datang membantu mengubati pelajar tersebut. Tak lama pelajar tersebutpun baik. Alhamdulillah....
Histeria? Apa tu? Kenapa pelajar perempuan dan Melayu sahaja? Apakah sama dengan masalah latah? Histeria berasal dari perkataan Greek bermaksud 'rahim yang merayau-rayau'. Sebab itu ia hanya berlaku kepada wanita sahaja. Hal ini kerana sifat semulajadi wanita yang halus dan juga faktor persekitaran. Histeria berlaku kerana gangguan makhluk Allah selain manusia iaitu jin dan syaitan. Menurut Ibnu Taimiyah, gangguan dan rasukan ini terhadap manusia kerana nafsu, keghairahan dan keasyikan yang berpunca daripada manusia itu sendiri.
Pada hakikatnya, makhluk ini tidak dapat mengganggu mereka yang mempunyai kekuatan roh. Kekuatan roh ini hanya dengan cara mendekatkan diri kepada Allah dengan memohon perlindunganNya. Insyaallah.....

Tuesday, August 26, 2008

Kucing pun nak belajar

Hari ini macam biasa aku masuk ke kelas Tg 6 untuk menghabiskan sukatan BM 1 dengan tajuk semantik. Seperti biasa ketika pelajar memberikan salam, terdengar satu bunyi yang lain daripada yang diucapkan oleh pelajar. Ketika aku menoleh ke arah meja guru, aku dapati seekor anak kucing sedang duduk di atasnya. Aik...kucing pun nak memberi salam kat cikgu.
Bila aku menuju ke arahnya, ia cepat-cepat melompat turun lalu duduk di bahagian belakang kelas. Nasib baik aku sempat snap.
Sepanjang 80 minit aku mengajar kucing tersebut duduk diam di belakang tidak bergerak dan tidak membuat bising, macam murid aku juga tekun mendengar kuliah aku. Hai... kucing pun nak belajar jugak. Ini kalau si Nordee Putri Kinabalu tau tentu dia ambik kucing ini sebab kucing ni hari ini dah belajar semantik.
Jangan kucing ni lebih faham semantik daripada pelajar aku dah.....

Monday, August 18, 2008

Barongan

Seni Reyog ini berasal dari tanah Jawa. Ia dibawa ke sini oleh masyarakat Jawa. Seni ini biasanya dipersembahkan semasa majlis perkahwinan ketika mengiringi pengantin. Ia berupa sejenis tarian yang dikenali sebagai tarian reyog. Ia terdiri dari barongan, pentol dan penari.
Barongan ini berupa kepala harimau yang dihias dengan bulu burung merak di atasnya.
Di negeri Johor, yang terkenal dengan masyarakat jawanya, seni reyog ini hanya terdapat di daerah Batu Pahat, kerana masyarakat jawa di sini kebanyakannya berasal dari wilayah Ponorogo, Jawa Timur tempat lahirnya kesenian reyog ini.
Antara kumpulan reyog yang masih aktif di Batu Pahat ialah kumpulan Gemalasari di Kg. Pt. Baru, Sri Medan, Batu Pahat. Kumpulan ini sering mengadakan persembahannya di kawasan sekitarnya selain menerima undangan dalam majlis kebudayaan di Kuala Lumpur.

Friday, August 15, 2008

Pelajar dan kenderaannya

Aku rasa satu-satunya sekolah di Malaysia yang mempunyai jumlah pelajar yang membawa motor ke sekolah paling banyak ialah sekolah aku.

Perkara ini berlaku kerana tiadanya kemudahan pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal pelajar menyebabkan mereka menggunakan motor sebagai alternatif untuk ke sekolah sedangkan ada sebilangan pelajar yang tingga sejauh 10 km dari sekolah

Terdapat sekurang-kurangnya 600 buah motor di kawasan tempat letak motor

Kesannya....... pelajar tidak sampai ke sekolah walaupun keluar dari rumah .... ada port tertentulah tu. Kemalangan..... hampir setiap hari sebab kebanyakan mereka adalah pemegang lesen agong. Kecurian alat ganti motor..perkara biasa dan yang paling popular ... rempitlah... wielie, wiekang merupakan kemahiran asas yang wajib ada.

Sebab itu sukan di sini kurang menonjol tapi kalau ada acara sukan permotoran di peringkat MSSM aku pasti terdapat beberapa penunggang dari sini yang akan muncul juara.

Penyelesaian..... beberapa siri mesyuarat oleh pihak sekolah, PIBG dan pihak keselamatan telah dijalankan tetapi menemui jalan buntu.

Semangat merdeka!

Hari ini merupakan pelancaran Bulan Kemerdekaan di sekolah aku. Untuk sepanjang sebulan ini, pelbagai acara telah diatur oleh pihak sekolah melalui unit kokurikulum yang melibatkan guru, pelajar dan masyarakat setempat. Pada hari ini juga kita dikejutkan dengan bakat seorang guru mendeklamasikan sajak Sapa lagi saudara SM lah......

video

Antara aktiviti yang dirancang sepanjang bulan ini ialah berakit menyusuri sungai Simpang Kiri, jungle tracking, berbasikal dan berkayak. Aku nak ikut aktiviti berbasikal tapi sebagai marshal (naik motor) he he.

Thursday, August 14, 2008

Inilah Saja Harapan Kita....

Selepas satu demi satu atlet Malaysia kecundang, termasuklah yang diberi harapan untuk membawa pingat emas olimpik pertama, Lee Chong Wei memberi sedikit harapan untuk seluruh rakyat Malaysia

Selepas membenam Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11

Melihat gaya permainan beliau, nampaknya harapan seluruh rakyat Malaysia mungkin akan menjadi kenyataan. Ayuh Chong Wei! anda boleh merealisasikan harapan kami. Teruskan kehebatan anda untuk membenam Lee Hyung Ill pada separuh akhir nanti dan runtuhkan keegoan Lin Dan di final nanti.

Untuk pelumba trek berbasikal, contohilah semangat Chong Wei bagi melakar satu lagi sejarah sukan di Malaysia. Josiah dan rakan-rakan, kami juga mengharapkan kejayaan anda. Yang lain..... sekadar mencari pengalaman walaupun dah berumur. Agaknya bila dah umur 40 nanti baru berpengalaman...

Monday, August 11, 2008

Ini bukan cobaan....... tapi percubaan



Hari ini bermulalah calon-calon PMR di negeri Johor menduduki peperiksaan Percubaan PMR. Aku lihat pagi-pagi di sekolah aku, banyaklah pelajar berkumpul di bilik guru mengerumuni setiausaha peperiksaan. Bila aku tanya kenapa berkumpul, mereka kata tak bawa kad pengenalan dan slip peperiksaan. Sebagai gantinya mereka terpaksa mengambil slip sementara dari s/u peperiksaan. Kena bayar ke cikgu?......

Dalam hati aku, terdetik persoalan, kalau perkara yang sekecil ini mereka boleh ambil mudah, bagaimana mereka hendak menjawab soalan peperiksaan. Syabas kepada pihak sekolah kerana mengenakan peraturan ini walaupun untuk peringkat percubaan ini sebenarnya peraturan itu tidak perlu. Tetapi kalau kita biarkan, ditakuti apabila tiba peperiksaan sebenarnya nanti perkara ini akan berulang.

Walaubagaimanapun, kami warga pendidik di sekolah ini mendoakan agar calon-calon PMR ini dapat menjawab dengan tenang dan seterusnya keputusannya nanti akan menggembirakan guru-guru. Buktikan apa yang telah anda pelajari selama ini dapat anda terjemahkan dalam kertas jawapan.

Kepada yang belum menghabiskan sukatan.......masih ada masa lagi dan diharap selepas percubaan ini dapat dibereskan.

Kepada pelajar, semoga berjaya! Ingat! ini bukan cobaan..... tapi percubaan..

Saturday, August 9, 2008

Football Malaysia(m) vs Brazil(w)

Aku baru menonton perlawanan bola sepak wanita di Olimpik Beijing. Brazil lawan Korea Utara. Bukan tak ada semangat patriotik tapi aku terbayang kalau pasukan bola sepak lelaki Malaysia lawan pasukan wanita Brazil. Apakah pemain seperti Norhafiz Zamani Misbah dan rakan-rakan di bahagian pertahanan pasukan Malaysia dapat mengekang pemain wanita Brazil seperti Marta yang penuh skill dan kuat dari segi fizikalnya.
Tingginya mutu permainan bola sepak wanita dunia sekarang. Jangan bandingkan dengan pasukan wanita Malaysia tetapi kalau nak lawan dengan pasukan lelaki kita pun belum tentu. Apalah nasib bola sepak Malaysia. Janganlah bermimpi untuk ke World Cup, Olimpik pun saya rasa untuk masa sekarang biarlah tengok pasukan lain dulu bermain. Hidup!!! Mokhtar Dahari!!

Friday, August 8, 2008

Bila Nak Besar.....


Bunga santalia ini aku bela dah 10 tahun. Rasanya macam tak sabar menunggu bila nak besar dan menjadi lebih cantik dan menarik. Pelabagai baja aku dah guna untuk membesar dan menyuburkannya. Ada juga peminat bonsai dari Muar menawarkan harga yang agak lumayan, tapi sayang aku nak lepaskan. Pernah pokok ini mengalami saat yang agak kritikal kerana kesilapan aku menukar tanah, tapi atas nasihat experts bonsai, maka ia dapat diselamatkan. Satu masa bila dah betul-betul jadi, aku nak ketengahkan dalam mana-mana pertandingan bonsai. Mana tahu dapat anugerah.

The Real Sedondon Part II

Selepas keluar artikel The Real Sedondon, dan sedikit cadangan daripada penulis agar cikgi-cikgi memakai pakaian sedondon pada hari-hari tertentu, maka hari ini terdapat dua orang cikgi yang menyahut cabaran penulis.
Terima kasih kerana menyahut cabaran. Tetapi mengapa dua orang sahaja. Cikgi-cikgi yang lain macam mana? Semasa gambar ini diambil akutelah meminta keizinan mereka berdua kerana takut menjadi isu. Dengan rasa sukanya mereka berdua pun berposinglah kerana gambar akan masuk ke dalam blog. Kita sambung dalam siri The Real Sedondon Part III.....

Wednesday, August 6, 2008

Kerana Ketua...semua kena


Hari ini seperti biasa semua pelajar dan guru di sekolah aku memakai pakaian uniform mengikut unit beruniform masing-masing. Pada sebelah pagi sebelum masuk ke kelas, semua pelajar wajib menghadiri perhimpunan singkat di dataran ilmu sekolah. Sebelum perhimpunan bermula setiap ketua/pengurusi/wakil hendaklah memberi arahan (command) mengikut giliran.
Minggu ini tibalah giliran unit pengakap yang sepatutnya memberi arahan. Setelah diminta oleh Mak Guru Disiplin (yang lantang, garang lagi tegas - terima kasih) tiada seorangpun wakil dari pengakap yang tampil ke pentas untuk mengetuai/memberi command.
Ha......akibatnya semua ahli yang berpakain seragam (walaupun tak seragam sepenuhnya) pengakap berdiri di atas pentas disambut boooo oleh pelajar lain. Salah siapa? tentulah ketuanya atau penasihatnya yang tidak dapat menyediakan soorang wakil pemberi command.
Hukumannya...........? kerana ketua semua kena. Tindakan yang betul bagi mendidik anak-anak ini tentang tanggung jawab sebagai seorang ketua. Bukannya tiba hujung tahun, sibuk minta sijil itu dan ini bagi keperluan ke IPT dan memohon pekerjaan.

Tuesday, August 5, 2008

THE REAL SEDONDON



Ini baru sedondon yang sebenar-benarnya. Sebenarnya aku ingin melihat cikgi-cikgi kat tempat aku memakai pakain yang sedondon seperti ini pada hari-hari tertentu. Barulah tak ada yang rasa iri hati dan sebagainya.
Inilah seragam keluarga aku jika ada majlis perkahwinan keluarga. Tahun ini sahaja ada empat kali keluarga terdekat aku mengadakan majlis perkahwinan. Ini bermakna mereka terpaksa menyediakan empat pasang baju yang sedondon. Nasib baik setiap keluarga yang akan mengadakan majlis tersebut menyediakan bahan berupa kain dan masing-masing menjahitnyalah sendiri.
Yang lelaki? sendiri-sendirilah.....tak adil juga tu. Untuk majlis yang keempat akan berlansung dua minggu dari sekarang. Dengar ceritanya baju dah siap berjahit takut tak siap nanti maklum nak siapkan juga baju raya tu, sebab diaorang bukan nak baju rewang ni buat baju raya. Apapun aku bangga dengan keluarga ini. Cuma satu je... keponakanku yang baru yang bakal menjadi ahli keluargaku tak tutup aurat. Besar tanggungjawab aku nanti nak tazkirahkan...

Sunday, August 3, 2008

Rewang..Satu budaya unik

Hari ini saudara terdekat aku mengadakan majlis perkahwinan anak tunggalnya. Apa lagi sebab anak tunggal maka majlis dijalankan secara besar-besaran. Ramailah sanak sedara dan kenalan yang datang bagi memenuhi jemputan. Apa lagi dua ekor lembu tumbang ditambah dengan masakan tukang masak terkenal di tempat tersebut. Berseleralah mereka menjamu selera dengan masakan daging segar bermenukan bariyani. Tapi ada juga orang kaya yang tak mahu menjamu jemputan dengan daging segar kerana tak balik modal walaupun sebenarnya mampu, maka daging bungkus dari India jadi pilihan.
Untuk menjayakan majlis yang sebegitu besar maka rewang satu istilah Jawa yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu merupakan agenda utama majlis tersebut. Selain sanak sedara maka masyarakat setempat pun bertungkus lumus bagi menjayakan majlis tersebut. Aku tabik dengan masyarakat ini walaupun di kawasan taman yang terkenal dengan sikap individualistiknya. Terima kasih semua. Tanpa anda semua maljis ini tak akan berjalan dengan lancar.
Seperti biasa, selepas majlis selesai dan para jemputan pulang, maka kamilah sedara mara yang mengemas dan membersih kerana perewang semua dah balik. Maka penatlah. Macam nak MC esok...