CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 3, 2008

Rewang..Satu budaya unik

Hari ini saudara terdekat aku mengadakan majlis perkahwinan anak tunggalnya. Apa lagi sebab anak tunggal maka majlis dijalankan secara besar-besaran. Ramailah sanak sedara dan kenalan yang datang bagi memenuhi jemputan. Apa lagi dua ekor lembu tumbang ditambah dengan masakan tukang masak terkenal di tempat tersebut. Berseleralah mereka menjamu selera dengan masakan daging segar bermenukan bariyani. Tapi ada juga orang kaya yang tak mahu menjamu jemputan dengan daging segar kerana tak balik modal walaupun sebenarnya mampu, maka daging bungkus dari India jadi pilihan.
Untuk menjayakan majlis yang sebegitu besar maka rewang satu istilah Jawa yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu merupakan agenda utama majlis tersebut. Selain sanak sedara maka masyarakat setempat pun bertungkus lumus bagi menjayakan majlis tersebut. Aku tabik dengan masyarakat ini walaupun di kawasan taman yang terkenal dengan sikap individualistiknya. Terima kasih semua. Tanpa anda semua maljis ini tak akan berjalan dengan lancar.
Seperti biasa, selepas majlis selesai dan para jemputan pulang, maka kamilah sedara mara yang mengemas dan membersih kerana perewang semua dah balik. Maka penatlah. Macam nak MC esok...

1 ulasan:

Azman Bin Sulaiman said...

Aku percaya majlis yang diadakan akan meninggalkan kenangan manis kepada semua..bila makan sedap 'Becek' pun besar jugak..itulah golok gantinya. Berkenaan 'orang kaya ' tu memang aku pelik...kaut memang nak lebih tapi nak jamu tetamu pakai daging beku..hmmmm kedekut namanya tu!!