CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 11, 2008

Ini bukan cobaan....... tapi percubaan



Hari ini bermulalah calon-calon PMR di negeri Johor menduduki peperiksaan Percubaan PMR. Aku lihat pagi-pagi di sekolah aku, banyaklah pelajar berkumpul di bilik guru mengerumuni setiausaha peperiksaan. Bila aku tanya kenapa berkumpul, mereka kata tak bawa kad pengenalan dan slip peperiksaan. Sebagai gantinya mereka terpaksa mengambil slip sementara dari s/u peperiksaan. Kena bayar ke cikgu?......

Dalam hati aku, terdetik persoalan, kalau perkara yang sekecil ini mereka boleh ambil mudah, bagaimana mereka hendak menjawab soalan peperiksaan. Syabas kepada pihak sekolah kerana mengenakan peraturan ini walaupun untuk peringkat percubaan ini sebenarnya peraturan itu tidak perlu. Tetapi kalau kita biarkan, ditakuti apabila tiba peperiksaan sebenarnya nanti perkara ini akan berulang.

Walaubagaimanapun, kami warga pendidik di sekolah ini mendoakan agar calon-calon PMR ini dapat menjawab dengan tenang dan seterusnya keputusannya nanti akan menggembirakan guru-guru. Buktikan apa yang telah anda pelajari selama ini dapat anda terjemahkan dalam kertas jawapan.

Kepada yang belum menghabiskan sukatan.......masih ada masa lagi dan diharap selepas percubaan ini dapat dibereskan.

Kepada pelajar, semoga berjaya! Ingat! ini bukan cobaan..... tapi percubaan..

4 ulasan:

Azman Bin Sulaiman said...

Syabas kerana berjaya sampai ke Percubaamn PMR...tidakla kena gantung sekolah dan gagal ambik ujian.. Percubaab PMR ni BENAR, menjawabnya pun BENAR, keputusannya nanti pun BENAR...cuma jawapan tu yang tak pasti betul/salah lagi. Selamat Berjaya kelian semua.

che mat said...

Belajar dan terus belajar. Peluang terbuka luas.

Untuk makluman adik-adik,kalau ada nak bekerja di Switzerland, bahasa utama adalah German dan France.

1. Bidang Engineering, IT Specialist. Kalau result haprak, tiada tempat.

2. Belajar dari sekarang!!

Tapi yang penting, akidah dan mental mesti kuat, sebab ramai yang cakap sorang-sorang. Maklumlah sebab ibu segala jin dan syaitan berkeliaran disini.

Ich weiss es nicht..

Soul-of-YaZz said...

hik3, da start trial pmr 2...
lepas ni trial spm, lepas 2 spm,
setahun selepas itu spm lagi,,
nmpknye mase itu giliran saye la...
huhuhhuhuu...

nordee said...

wah...dah start percubaan...sekolah saya lom lagi..huwaaa..