CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 5, 2008

THE REAL SEDONDON



Ini baru sedondon yang sebenar-benarnya. Sebenarnya aku ingin melihat cikgi-cikgi kat tempat aku memakai pakain yang sedondon seperti ini pada hari-hari tertentu. Barulah tak ada yang rasa iri hati dan sebagainya.
Inilah seragam keluarga aku jika ada majlis perkahwinan keluarga. Tahun ini sahaja ada empat kali keluarga terdekat aku mengadakan majlis perkahwinan. Ini bermakna mereka terpaksa menyediakan empat pasang baju yang sedondon. Nasib baik setiap keluarga yang akan mengadakan majlis tersebut menyediakan bahan berupa kain dan masing-masing menjahitnyalah sendiri.
Yang lelaki? sendiri-sendirilah.....tak adil juga tu. Untuk majlis yang keempat akan berlansung dua minggu dari sekarang. Dengar ceritanya baju dah siap berjahit takut tak siap nanti maklum nak siapkan juga baju raya tu, sebab diaorang bukan nak baju rewang ni buat baju raya. Apapun aku bangga dengan keluarga ini. Cuma satu je... keponakanku yang baru yang bakal menjadi ahli keluargaku tak tutup aurat. Besar tanggungjawab aku nanti nak tazkirahkan...

1 ulasan:

namzila said...

Bercakap tentang sedondon ni aku tertarik juga dengan budaya Jawa yang aku join semenjak 22 tahun lalu. Bukan sahaja keluarga pengantin yang sedondon tapi 'kendarat' juga sedondon! Semenjak menetap kat BP ni kampong yang aku duduk ni pun dah supply 5-6 set baju sedondon untuk kaum wanita AJK Kendarat yang bertugas masa majlis-majlis perkahwinan..Tahniah!! so SEDONDON ni dah jadi lumrah dalam masyarakat Jawa..tak ler pulak yang terasa bila istilah ini selalu disebut-sebut selalu.