CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 6, 2008

Kerana Ketua...semua kena


Hari ini seperti biasa semua pelajar dan guru di sekolah aku memakai pakaian uniform mengikut unit beruniform masing-masing. Pada sebelah pagi sebelum masuk ke kelas, semua pelajar wajib menghadiri perhimpunan singkat di dataran ilmu sekolah. Sebelum perhimpunan bermula setiap ketua/pengurusi/wakil hendaklah memberi arahan (command) mengikut giliran.
Minggu ini tibalah giliran unit pengakap yang sepatutnya memberi arahan. Setelah diminta oleh Mak Guru Disiplin (yang lantang, garang lagi tegas - terima kasih) tiada seorangpun wakil dari pengakap yang tampil ke pentas untuk mengetuai/memberi command.
Ha......akibatnya semua ahli yang berpakain seragam (walaupun tak seragam sepenuhnya) pengakap berdiri di atas pentas disambut boooo oleh pelajar lain. Salah siapa? tentulah ketuanya atau penasihatnya yang tidak dapat menyediakan soorang wakil pemberi command.
Hukumannya...........? kerana ketua semua kena. Tindakan yang betul bagi mendidik anak-anak ini tentang tanggung jawab sebagai seorang ketua. Bukannya tiba hujung tahun, sibuk minta sijil itu dan ini bagi keperluan ke IPT dan memohon pekerjaan.

1 ulasan:

namzila said...

wah wah wah..sebelum tu Pandu Puteri, kemudian KRS dan sekarang Pengakap...what is the moral of the story??? Sekolah U kan dapat Anugerah Kokurikulum ( wakil Johor lagi ) hal macam ni pun tak leh settle..tu ler pasal..."on Paper jer bagus...hakikatnya?" tepuk dada tanya selera bro...