CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 28, 2008

Histeria

Pagi ni hujan turun dengan lebat. Banyaklah pelajar yang datang lewat ke sekolah. Kebanyakannya menaiki motor meredah hujan. Kesian pelajarku. Walaubagaimanapun proses P&P tetap diteruskan. Tiba-tiba keheningan pagi tadi aku dikejutkan oleh seorang pelajar yang menjerit-jerit dan berlari-lari. Aku diberitahu bahawa seorang pelajar telah mengalami histeria. Alamak, maka akupun teringat masalah histeria di sebuah sekolah di Kuantan. Jangan menular kat sekolah aku pulak.
Nasib baik ada seorang tukang kebun yang tahu sedikit jampi serapah datang membantu mengubati pelajar tersebut. Tak lama pelajar tersebutpun baik. Alhamdulillah....
Histeria? Apa tu? Kenapa pelajar perempuan dan Melayu sahaja? Apakah sama dengan masalah latah? Histeria berasal dari perkataan Greek bermaksud 'rahim yang merayau-rayau'. Sebab itu ia hanya berlaku kepada wanita sahaja. Hal ini kerana sifat semulajadi wanita yang halus dan juga faktor persekitaran. Histeria berlaku kerana gangguan makhluk Allah selain manusia iaitu jin dan syaitan. Menurut Ibnu Taimiyah, gangguan dan rasukan ini terhadap manusia kerana nafsu, keghairahan dan keasyikan yang berpunca daripada manusia itu sendiri.
Pada hakikatnya, makhluk ini tidak dapat mengganggu mereka yang mempunyai kekuatan roh. Kekuatan roh ini hanya dengan cara mendekatkan diri kepada Allah dengan memohon perlindunganNya. Insyaallah.....

1 ulasan:

nordee said...

kalau saya hadapi benda2 camni kat kelas mesti saya panik...sebenarnya setiap guru kena bersedia apa saja kemungkinan dalam kelas..susah gak kan jadi cikgu ni..emmm