CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

CUTI-CUTI MELAKA

Cuti sekolah dah hampir ke penghujung. Sepanjang cuti ni, selain ada part time, di kampung setiap minggu ada kenduri Walimatul Urus. Anak-anak dah sibuk bertanya bila nak berjalan. Jadi, padi hari Isnin 22 Dis, aku bawa keluarga ke Melaka. Destinasi pertama: Zoo. Walaupun entah untuk kali ke berapa. Jadi, pagi-pagi masak untuk bekalan (bukan nak jimat tapi lebih menyelerakan) bertolak dan sampai jam 10.00 pg.


pintu hadapan Zoo Melaka

Lepas tension tengok gelagat lucu binatang. Nak ajar anak-anak untuk mengasihi makhluk ciptaan Allah. Walaupun bukan hari minggu, namun ramai pengunjung ke zoo ni. Mungkin antara zoo yang menarik di Malaysia berbanding zoo yang lain yang hampir pupus.

unta



menumpang kasih



Pak Belang



di puncak dunia

Lepas zoo, makan di Hutan Simpan Air Keroh, ke Bandar Hilir pusing-pusing dan balik sampai rumah pukul 6.00 petang.





























3 ulasan:

nordee said...

wahhh...gi melaka eh...apa macam zoo melaka..ok tak?

santalia said...

Nordee: antara yang terbaik di Malaysia

SURIA KENCANA said...

next time ada masa ajak rakyat jelat a pergi ke zoo taiping BEST