CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

CUTI-CUTI MELAKA

Cuti sekolah dah hampir ke penghujung. Sepanjang cuti ni, selain ada part time, di kampung setiap minggu ada kenduri Walimatul Urus. Anak-anak dah sibuk bertanya bila nak berjalan. Jadi, padi hari Isnin 22 Dis, aku bawa keluarga ke Melaka. Destinasi pertama: Zoo. Walaupun entah untuk kali ke berapa. Jadi, pagi-pagi masak untuk bekalan (bukan nak jimat tapi lebih menyelerakan) bertolak dan sampai jam 10.00 pg.


pintu hadapan Zoo Melaka

Lepas tension tengok gelagat lucu binatang. Nak ajar anak-anak untuk mengasihi makhluk ciptaan Allah. Walaupun bukan hari minggu, namun ramai pengunjung ke zoo ni. Mungkin antara zoo yang menarik di Malaysia berbanding zoo yang lain yang hampir pupus.

unta



menumpang kasih



Pak Belang



di puncak dunia

Lepas zoo, makan di Hutan Simpan Air Keroh, ke Bandar Hilir pusing-pusing dan balik sampai rumah pukul 6.00 petang.





























Monday, December 8, 2008

korban.....

Selamat Hari Raya Idil Adha kepada semua pembaca blogku. Hari ni kat kampungku seperti tahun-tahun lepas ibadah korban dilakukan walaupun dalam keadaan hujan lebat yang turun sejak malam lagi. Hujan rahmat. Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan termasuk seekor yang disumbangkan oleh stesyen radio Era. Aku kagum dengan kerja sama dan muafakat yang ditunjukkan oleh penduduk kampung bermula dengan kerja-kerja menumbangkan lembu, melapah, memotong daging, menimbang dan membuat penghantaran. Semua dilakukan secara kerja sama. Alhamdulillah sebelum masuk waktu Zohor selesai semua kerja.
melapah kulit lembu

bagi sama rata bang jangan terlebih terkurang

sebahagian daging yang siap dipotong
Disebabkan penduduk kampungku yang hanya sekitar 150 buah rumah maka 12 ekor lembu adalah banyak. Jadi pengagihan daging melangkau ke penduduk di petempatan PPRT (penduduk rakyat termiskin) yang berhampiran. Lauk untuk sebulan lepas. Lepas rendang, kari lepas kari, beriyani, lepastu panggang dan bermacam resepi lagi. Tahun depan kalau ada rezeki Insyaallah ada lagi.

Friday, December 5, 2008

Part Time Lecturer

Lama aku tak menulis dalam blogku ni. Walaupun cuti sekolah aku masih sibuk juga. Seperti biasa cuti sekolah ni aku dapat tawaran lagi untuk pensyarah sambilan di IPTHO (Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat) Cari duit tambahan. Kali ini aku mengajar kumpulan KPLI (R) -KDC dan KPDM-PLPS (Pra-Sekolah) - untuk guru-guru Kemas. Seronok juga mengajar bakal-bakal guru ni. Teringat masa kat maktab dulu.
sedang tekun mendengar kuliahku.



guru-guru kemas. Lepas ni gaji dipolma



sedang membuat pembentangan - ada markah tu

Kedua-dua kumpulan ini aku mengajar Bahasa Melayu Komunikasi. Bakal cikgu, kena pandai berkomunikasi apatah lagi berhadapan dengan murid-murid. Jangan nanti guru bercakap di depan, murid-murid tidur di belakang - boring. Sebabtu komunikasi ni penting kan cikgu.......



Friday, October 10, 2008

GANJARAN PENUH PUASA

Masa bulan Ramadhan yang lalu aku telah berjanji dengan anak lelaki tunggalku, 8 tahun, jika dia dapat mencukupkan puasa sebulan penuh, aku akan memenuhi permintaannya. Nasib baik permintaannya tak yang bukan-bukan - makan KFC dan bukan tapow balik. Jadi hari ini aku penuhi permintaannya. Suke dia.


Sedang menikmati ayam goreng KFC
Jadinya, hari ini aku bawa makan KFC. Anak-anak yang lain tumpang tui. Cerita pasal upah kalau cukup puasa ni, ada baiknya juga untuk mengajar anak-anak kita supaya mencukupkan puasanya. Bagi saya itu, antara caranya untuk kita mengajar pada peringkat permulaan, bila dia dah tau kewajipan berpuasa tak payah lagi kita janji dengan upah tertentu.
Tahun depan insyaallah giliran puteri bongsuku. Entah apa pulak yang dimintanya.

Tuesday, October 7, 2008

MASIH RAYA LAGI

Hari ini merupakan hari ke 7 raya. Walaupun sekolah telah beroperasi, tapi suasana raya masih terasa. Kat rumah aku, masih lagi banyak pengunjungnya terutama pelajar-pelajarku. Hari ini sahaja ada dua rombongan kelas yang beraya kat rumah aku. Disebabkan mereka ni notis awal nak datang, ada tak ada terpaksalah kami menyediakan juadah makanan. Tak sampai hati nak menghidangkan kuih raya je.

Sedang menikmati meehoon tomyam


Walaubagaimanapun hilang rasa penat kami menyediakan makanan apabila melihat keenakan pelajar-pelajarku menikmati juadah yang tak seberapa tu. Maklum tengah membesar, makanpun tengah sedap lagi. Menu hari ni meehoon tomyam.


Besok telah ada satu kelas lagi yang booking nak datang. Menu untuk besok - mee goring mamak. Senang, ringkas dan segera.

Sebahagian rombongan yang baru tiba

Zaman aku kecik-kecik dulu tak de can nak beraya ke rumah cikgu macam ni sebab rumah cikgu jauh kat bandar sedangkan aku duduk kat kampung. Sekarang cikgu-cikgu sekolah aku banyak orang tempatan, jadi banyaklah destinasi pelajar-pelajar ni nak tuju.

Anyway terima kasih kerana memeriahkan rumahku. Seronok tengok gelagat mereka.

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Telah genap sebulan berpuasa di bulan Ramadhan dengan menahan nafsu dan segala godaan yang mengurangkan ibadah suci ini, maka hari ini tibalah hari kemenangan - HARI RAYA AIDIL FITRI. Seperti biasa, rutin setiap tahun pagi raya ke mesjid menunaikan solat sunat idil fitri kira-kira 2 KM dari rumah kediamanku. Maka banyaklah orang-orang yang tak aku kenali di mesjid. Mungkin anak-anak orang kampung dari luar. Mereka seronok beraye di kampung.
Balik mesjid terus bersiap ke rumah bonda bersama isteri dan anak-anak. Sebelah petang ke rumah kakak/abang. Makan.....memang cukup mewah, rendang, ketupat dan aneka kuih..sampai tak termakan.
Anak-anak........suke dapat duit raya. Alhamdulillah zaman mewah.
Di ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada:
1. Rakan-rakan sekerja
2. Pembaca ruangan ini
3. Pelajar-pelajarku (termasuk yang mendapat hukuman tegar)
4. Semua yang mengenaliku
Kepada pelajar-pelajarku yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM, ingat! dalam keseronokan menyambut raya jangan lupe peperiksaan yang akan menentukan nasib masa depan anda.
Selamat Hari Raya

Monday, September 8, 2008

Istimewa Ramadhan Tahun Ini



Ramadhan pada tahun ni agak istimewa dan unik. Cuba kita sama-sama perhatikan. Ramadhan merupakan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. September juga merupakan bulan ke 9 dalam kalendar Masehi. Oleh itu pada tahun ini puasa kita jatuh pada bulan yang sama iaitu bulan ke 9.

Awal puasa (1 Ramadhan) pula jatuh pada 1 September dalam bulan Masehi. Jadi secara kebetulannya pula Ramadhan pada tahun ini mempunyai kesamaan dengan bulan Masehi. Itu yang dikatakan istimewanya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menambahkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan yang istimewa ini. Ha.... bagaimana pula nanti pada 16 Ramadhan atau 16 September. Adakah satu tarikh yang istimewa juga. Kita tungguuuu.....