CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Stres

Aku baru saja menamatkan kursus Pengurusan Stres anjuran JPN di Hotel Seri Malaysia Mersing. Tajuk memang hebat, tapi masalahnya kursus dijalankan masa cuti sekolah jadi bukan mengurangkan stres tapi menambahkan stres. Dalam masa yang sama aku ada part time di IPTHO (Institut Pergruan Tun Hussein). Jadual kuliah dah diatur. Malangnya bila kena kursus ni aku terpaksa menangguhkan beberapa jam kuliah pada hari lain. Apabila ketua kumpulan kelas yang aku ajar jumpa untuk menyusun semula jadual, didapati tidak ada ruang yang kosong kecuali sebelah malam. Jadi aku terpaksa menggantikan 8 jam yang aku tinggal kerana Pengurusan Stres pada sebelah malam. Kesimpuannya kursus Pengurusan Stres yang aku hadiri telah menambahkan stres aku. Tambahan lagi kelas yang aku ajar KDC BC yang mana studentsnya bakal guru-guru Cina dan subjek yang aku ajar BM komunikasi. Tak boleh bayangkan macam mana boringnya kelas tu nanti. Tak apa yang penting aku dibayar ikut jam. Pulus masuk.....

4 ulasan:

Unknown said...

Di Berne, bercakap seorang diri samada perlahan atau kuat.

Berkata-kata dengan pohon.

Ada yang lebih drastik, bungee jumping tanpa tali.

Terutama di waktu musim dingin. Di kala siang menjadi pendek dan malam lebih panjang.

Azman Bin Sulaiman said...

stres...stres...stres..halau macamanapun dia tetap ada...jadi lebih baik berkawan baik kerana stres menambah risiko hidup....hidup tanpa risiko bagai ranting dihanyut air...

WED 50 said...

manusia memang sentiasa dalam keluh kesah (stress) trutama bila di uji dgn kesusahan. tp akan mudah lupa dgn Tuhan bila mencapai kejayaan...Kesabaran juga ubat segalanya. Tapi aku kira formula Radin Bung Kinabatangan boleh digunakan juga untuk mengurangkan sebahagian stress tu ..mcm berani ke..

santalia said...

Salam. bertemu di arena ini. Formula Bung tu memang boleh diterima. Apalagi fasiliti dah ada, cukup untuk menampung.