CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 18, 2010


PMG 81/83
Ke mana menghilangnya semua orang ni......

Friday, September 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010



Saturday, May 15, 2010

GURU MALAYSIA
Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara Kita
Panduan hidup kami semua
Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
"SELAMAT HARI GURU"

Tuesday, April 13, 2010

Sambutan Maulidurasul SAW



Masih lagi dalam suasana sambutan memperingati junjungan besar kita Rasullullah SAW. Sekolah aku lewat menyambutnya kerana kesibukan awal tahun. Apa lagi 2 ekor lembu tumbang untuk santapan pelajar dan guru-guru. Tahun....selepas setiap tahun bermenukan beriani, tahun ni kari mamak je.
Dua ekor daging lembu memang banyak. Puaslah para pelajar dan guru makan. Siap tapow lagi.





Friday, March 12, 2010

WAJAH-WAJAH CEMERLANG SPM


Semoga menjadi contoh dan tauladan kepada pelajar-pelajar yang lain. TAHNIAH!!!

Monday, February 8, 2010

Merentas Desa 2010


Sabtu- 6 Jan telah berlangsung acara merentas desa sekolah aku. Trek....memang mencabar melalui paya, lembah, tepi tasik (bekas lombong bauksit) dan jalan berbukit. Kat sekolah kawan aku yang baru pindah tu merentas jalan raya. Taak mencabar.

sediaaa pooonnnnn


antara kawasan tasik yang dilalui

para pemenang menerima hadiah.
Tahun ni rumah Panglima (Hijau) menjadi johan keseluruhan. Tahniah guru-guru dan para pelajar.

Thursday, January 21, 2010

Masalah Sosial

مسئله سوسيال مولا منولر د كالڠن ڤلاجر. اڤ ڤونچا دان ڤڽباب ڤركارا اين برلاكو؟ د سكوله، اكو بارو سهاج مناڠني مسئله يڠ مليبتكن ڬجالا سوسيال. اڤابيلا ترداڤت ڤلاجر ڤرمڤوان يڠ تله ترلنجور دڠن تمن للاكيڽ سهيڠڬ مڽببكنڽ مڠاندوڠ. ڤيهق سكوله تياد ڤيليهن لاين كچوالي مڠحكوم دڠن ممبواڠ سكوله. اتس نصيحت ڤيهق سكوله، ايبو باڤ دمينتا ملاڤوركنڽ كڤد جقم اڬر ڤلاجر اين داڤت دڤوليهكن سمنتارا منوڠڬو انق يڠ ديقندوڠڽ دلاهيركن. سباڬاي ڬورو، اكو تراس بهاوا اكو ڬاڬل دالم منديديق ڤلاجر. اڤاكه ايبو باڤ هاروس دسالهكن؟ باڽق فكتور يڠ بوليه كيت فيكيركن مڠاڤ ڤركارا سڤرتي اين بوليه برلاكو. كڤد انق ديديقكو، فيكيركنله تنتڠ كسن دان عقيبة ڤربواتن سڤرتي ايت. دكتكنله ديري دڠن الله.

Monday, January 4, 2010

Sesi Persekolahan 2010 Bermula

Hari ini bermulalah sesi persekolahan tahun 2010. Seperti biasa sesi persekolahan ini dimulakan dengan perhimpunan rasmi pagi. Alhamdulillah mulai tahun ini juga perhimpunan dapat dijalankan di dalam dewan terbuka. Walaupun cuaca pagi ini hujan, namun perhimpunan dapat juga dijalankan.. Terima kasih kepada yang mengusahakan pembinaan dewan ini.

Pelajar khusyuk mengaminkan doa semoga sesi persekolahan tahun ini dapat berjalan dalam suasana yang kondusif seterusnya dapat menjamin kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan ko korikulum.

Seperti biasa perhimpunan ini diisi dengan taklimat dan amanat oleh tuan pengetua tentang program sepanjang tahun 2010 bagi meneruskan kecemerlangan pelajar. Keputusan PMR tahun 2009 agak baik juga. Seterusnya HEM yang baru dilantik memberi taklimat berkaitan disiplin pelajar. Nampaknya HEM baru aku ni begitu komited untuk memperbaiki mutu disiplin pelajar. Peringkat permulaan ni beliau mengarahkan kami guru-guru untuk memberi penekanan tentang disiplin. Hasilnya hari pertama pagi ni.....

Beberapa kumpulan pelajar lelaki yang selalu melanggar disiplin menerima akibatnya. Antara kesalahannya datang lewat, rambut panjang dan seluar dikecilkan. Biasanya kerja-kerja ni dipikul oleh kawan aku si Serunai. Tapi tahun ni dia dah berpindah ke sekolah baru. Tak apa walaupun ketiadaannya tugas-tugas ini akan kami teruskan.
Hari ini juga pengusaha kantin aku baru. Nampaknya persembahannya lebih baik. Makanan berbagai-bagai aneka, tempat bersih dan menarik. Mudah-mudahan akan berterusan. Makin gemuk aku.
Hari ni juga proses p@p bermula. Jadual dah diberi. Berbeza zaman 10 - 15 tahun dulu. Minggu pertama persekolahan diisi dengan pembahagian buku teks, buku tulis, pembahagian kelas, menyusun organisasi dalam kelas dan segala macam. Ini pun sebenarnya salah satu daripada proses p@p. Zaman dah berubah.