CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 16, 2009

Pasif Tapi OK

Hari ni aku habiskan 3 jam terakhir untuk semester ni mengajar KDC BC/BM di Institut Perguruan Tun Hussein Onn. Mereka ni guru-guru yang mengajar di SJK(C). Sukatan yang diberikan kepada aku untuk semester ni agak berat juga iaitu kaedah, teknik dan pendekatan selain BM komunikasi. Selepas ni barulah aku dapat bercuti walaupun cuti persekolahan dah sampai ke penghujungnya. Rancangan nak bawa keluarga ke Cameron Highland.


Tekun juga guru-guru ni mendengar kuliahku walaupun tajuk agak bosan.


Hari ni mereka kena hantar tugasan yang aku berikan untuk dinilai. Jangan risau cikgu B boleh dapat A belum tentu.

Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Stres

Aku baru saja menamatkan kursus Pengurusan Stres anjuran JPN di Hotel Seri Malaysia Mersing. Tajuk memang hebat, tapi masalahnya kursus dijalankan masa cuti sekolah jadi bukan mengurangkan stres tapi menambahkan stres. Dalam masa yang sama aku ada part time di IPTHO (Institut Pergruan Tun Hussein). Jadual kuliah dah diatur. Malangnya bila kena kursus ni aku terpaksa menangguhkan beberapa jam kuliah pada hari lain. Apabila ketua kumpulan kelas yang aku ajar jumpa untuk menyusun semula jadual, didapati tidak ada ruang yang kosong kecuali sebelah malam. Jadi aku terpaksa menggantikan 8 jam yang aku tinggal kerana Pengurusan Stres pada sebelah malam. Kesimpuannya kursus Pengurusan Stres yang aku hadiri telah menambahkan stres aku. Tambahan lagi kelas yang aku ajar KDC BC yang mana studentsnya bakal guru-guru Cina dan subjek yang aku ajar BM komunikasi. Tak boleh bayangkan macam mana boringnya kelas tu nanti. Tak apa yang penting aku dibayar ikut jam. Pulus masuk.....

Tuesday, November 17, 2009

BEKAM

Bekam merupakan salah satu rawatan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. Bekam merupakan istilah Melayu yang bererti perlepasan angin dalam badan atau darah kotor dari badan. Dalam bahasa Arab bekam dikenali sebagai 'Al-Hijamah'. Antara jenis penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah bekam ialah darah tinggi, kencing manis dan angin-angin dalam badan.
Pengeluaran darah yang kotor dalam badan dengan kaedah bekam ini boleh dilakukan dengan menggunakan tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas, lintah atau yang paling moden dengan alat vakum. Kat sekolah aku ada seorang guru yang mahir dalam bab bekam, membekam ni. Jadi pada hari-hari terakhir persekolahan ni, banyaklah guru yang mengambil kesempatan dengan rawatan secara percuma ni. Maklum kebanyakan guru lelaki ni dah separuh abad maka banyaklah penyakit yang menimpa mereka.



Hari ni giliran kawan aku yang seorang ni. Dia ni kalau tengok badan memang macam banyak penyakit. Maklum selalu pergi 'over sea'. Ingatkan selepas kawan aku ni aku nak cuba juga. Tapi tengok darah pekat yang keluar macam takut pulak.




Tuesday, October 20, 2009

Tenangkan Minda dan Fikiran







Di sudut depan rumah aku terdapat kolam ikan dan air terjun mini. Di sinilah setiap petang aku duduk minum petang sambil melihat ikan-ikan di dalamnya. Diiringi deruan air terjun, aku rasa ketenangannya. Hilang rasa penat selepas menghadapi kerenah pelajar di sekolah.
Jom join kena kopi "O", pisang goreng dan ubi rebus cicah sambal.











Friday, October 16, 2009

GURU-GURU SMKSM 2009



Ini gambar sebahagian guru-guru sesi pagi sekolah aku tahun 2009. Sesi petang aku tak ada koleksi gambar mereka.



Ini pula gambar guru-guru pada hari Rabu dengan uniform masing-masing. Aku biasalah dengan uniform Inspektor Kadet.

Sunday, October 11, 2009

Jamuan Raya Terakhir

Sabtu 20 Syawal. Satu rombongan guru-guru serta sekolah aku dengan keluarga masing-masing ( ada juga yang bujang dan yang mengaku bujang) mengadakan lawatan raya ke rumah guru-guru tempatan termasuklah ke rumah aku. Apa lagi marhabanlah mereka dengan pelbagai versi lagu marhaban mereka dendangkan.

Rombongan kereta guru balik dari rumah aku. Mungkin ini jamuan raya terakhir untuk tahun ini. Insyallah tahun depan buat lagi.















Sunday, September 27, 2009

Selamat Hari Raya


Saturday, January 17, 2009

Baiti Jannati

Tinggal Kenangan
Januari 2006
Mac 2006

Roboh


Bersepah


70% siap

99% siap

2008
Insyaallah awal Februari 2009 kalau ada rezeki akan ada sedikit tambahan lagi.














Sunday, January 4, 2009

KOLEKSI CANTERBURY

Ini sebahagian daripada koleksi baju T aku. Semua daripada jenama yang sama "Canterbury". Sebenarnya aku memilih jenama ini kerana satu jenis sukan yang aku ceburi bukan sebagai pemain tetapi sebagai jurulatih dan pengadil - Ragbi. Aku tak pernah bermain ragbi baik di sekolah atau di universiti.
Cerita bermula ketika aku bertugas di SMK Tengku Putera Batu Pahat. Sekolah ini mempunyai pasukan ragbi yang telah menjuarai MSSD selama 5 tahun berturut-turut (1986-1990)). Jurulatihnya Mr. Garry telah berpindah sebaik sahaja aku sampai di sekolah ini pada tahun 1990. Sebagai orang baru dan masih muda, aku diserahkan tugas untuk mengambil alih jawatan sebagai jurulatih daripada Mr Garry. Aduh........pening kepala. Aku buta tentang ragbi dan aku tak tahu apa-apa tentang sukan lasak ini. Apa lagi untuk mempertahankan kejuaraan yang telah sekian lama.
First year aku cuma memantau sahaja. Budak-budak berlatih sendiri. Kebajikan aku jaga. Dalam masa yang sama aku belajar melalui CD. Aku pergi kursus kejurulatihan anjuran KRM(MRU) dan COBRA. Aku juga ambil kursus pengadil tahap 1. Aku mula jatuh cinta dengan sukan ini.
Nak jadi cerita pasukan sekolah aku mengekalkan kejuaraan sehingga 1994. Aku pindah ke sekolah baru tahun 1996. Tubuh pasukan ragbi. menjadi juara MSSD pada 2000 dan 2001. Pada tahun 1999 aku dilantik selaku jurulatih pasukan MSS Johor sehingga 2004.
Sebagai pengadil, aku telah mengadili banyak perlawanan selain MSSJ, jemputan IPT kejohanan antara kelab NICC dan banyak lagi.
Sehingga sekarang, walaupun aku telah tidak aktif lagi tetapi sukan ini telah meninggalkan banyak kenangan dalam hidupku. Yang paling manis menjadi juara MSSM di Labuan tahun 2002.
Setiap kali menyertai kejohanan selaku jurulatih atau pengadil aku mesti membeli baju T Canterbury melalui 'outlet' syarikat tersebut. Harga antara RM 100.00 hingga 400.00.
Ini sebahagian koleksi aku.




Antara pasukan ragbi yang menggunakan jersey jenama ini, Malaysia, Australia, South Africa, Scotland, Ireland dan Jepun.
Hanya jauhari yang mengenal maknikam. Hanya peminat ragbi yang tahu nilai baju Canterbury.
antara pakaian sebagai pengadil
wisel jenis "Acme Thunderer" diimport dari England
apabila ditiup bergema satu stadium