CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 10, 2008

GANJARAN PENUH PUASA

Masa bulan Ramadhan yang lalu aku telah berjanji dengan anak lelaki tunggalku, 8 tahun, jika dia dapat mencukupkan puasa sebulan penuh, aku akan memenuhi permintaannya. Nasib baik permintaannya tak yang bukan-bukan - makan KFC dan bukan tapow balik. Jadi hari ini aku penuhi permintaannya. Suke dia.


Sedang menikmati ayam goreng KFC
Jadinya, hari ini aku bawa makan KFC. Anak-anak yang lain tumpang tui. Cerita pasal upah kalau cukup puasa ni, ada baiknya juga untuk mengajar anak-anak kita supaya mencukupkan puasanya. Bagi saya itu, antara caranya untuk kita mengajar pada peringkat permulaan, bila dia dah tau kewajipan berpuasa tak payah lagi kita janji dengan upah tertentu.
Tahun depan insyaallah giliran puteri bongsuku. Entah apa pulak yang dimintanya.

Tuesday, October 7, 2008

MASIH RAYA LAGI

Hari ini merupakan hari ke 7 raya. Walaupun sekolah telah beroperasi, tapi suasana raya masih terasa. Kat rumah aku, masih lagi banyak pengunjungnya terutama pelajar-pelajarku. Hari ini sahaja ada dua rombongan kelas yang beraya kat rumah aku. Disebabkan mereka ni notis awal nak datang, ada tak ada terpaksalah kami menyediakan juadah makanan. Tak sampai hati nak menghidangkan kuih raya je.

Sedang menikmati meehoon tomyam


Walaubagaimanapun hilang rasa penat kami menyediakan makanan apabila melihat keenakan pelajar-pelajarku menikmati juadah yang tak seberapa tu. Maklum tengah membesar, makanpun tengah sedap lagi. Menu hari ni meehoon tomyam.


Besok telah ada satu kelas lagi yang booking nak datang. Menu untuk besok - mee goring mamak. Senang, ringkas dan segera.

Sebahagian rombongan yang baru tiba

Zaman aku kecik-kecik dulu tak de can nak beraya ke rumah cikgu macam ni sebab rumah cikgu jauh kat bandar sedangkan aku duduk kat kampung. Sekarang cikgu-cikgu sekolah aku banyak orang tempatan, jadi banyaklah destinasi pelajar-pelajar ni nak tuju.

Anyway terima kasih kerana memeriahkan rumahku. Seronok tengok gelagat mereka.

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Telah genap sebulan berpuasa di bulan Ramadhan dengan menahan nafsu dan segala godaan yang mengurangkan ibadah suci ini, maka hari ini tibalah hari kemenangan - HARI RAYA AIDIL FITRI. Seperti biasa, rutin setiap tahun pagi raya ke mesjid menunaikan solat sunat idil fitri kira-kira 2 KM dari rumah kediamanku. Maka banyaklah orang-orang yang tak aku kenali di mesjid. Mungkin anak-anak orang kampung dari luar. Mereka seronok beraye di kampung.
Balik mesjid terus bersiap ke rumah bonda bersama isteri dan anak-anak. Sebelah petang ke rumah kakak/abang. Makan.....memang cukup mewah, rendang, ketupat dan aneka kuih..sampai tak termakan.
Anak-anak........suke dapat duit raya. Alhamdulillah zaman mewah.
Di ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada:
1. Rakan-rakan sekerja
2. Pembaca ruangan ini
3. Pelajar-pelajarku (termasuk yang mendapat hukuman tegar)
4. Semua yang mengenaliku
Kepada pelajar-pelajarku yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM, ingat! dalam keseronokan menyambut raya jangan lupe peperiksaan yang akan menentukan nasib masa depan anda.
Selamat Hari Raya