CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 8, 2008

Istimewa Ramadhan Tahun Ini



Ramadhan pada tahun ni agak istimewa dan unik. Cuba kita sama-sama perhatikan. Ramadhan merupakan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. September juga merupakan bulan ke 9 dalam kalendar Masehi. Oleh itu pada tahun ini puasa kita jatuh pada bulan yang sama iaitu bulan ke 9.

Awal puasa (1 Ramadhan) pula jatuh pada 1 September dalam bulan Masehi. Jadi secara kebetulannya pula Ramadhan pada tahun ini mempunyai kesamaan dengan bulan Masehi. Itu yang dikatakan istimewanya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menambahkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan yang istimewa ini. Ha.... bagaimana pula nanti pada 16 Ramadhan atau 16 September. Adakah satu tarikh yang istimewa juga. Kita tungguuuu.....

Tuesday, September 2, 2008

Uniknya Pasar Ramadhan



Datangnya setahun sekali. 'Pasar Ramadhan'. Bukan saja di bandar besar, tetapi di pekan-pekan kecil pun terdapat pasar yang unik ini. Bila tiba bulan puasa saja tempat ini dipenuhi oleh mereka yang mencari rezeki dengan menjual pelbagai macam juadah untuk berbuka puasa kepada mereka yang tak sempat menyediakannya. Daripada aneka jenis air, kuih muih hinggalah ke lauk-pauk. Semua ada. Di pekan sekecil Sri Medan inipun tak kurang hebatnya.


Hari ini, hari kedua umat Islam berpuasa. Semalam aku datang ke pasar ini nak beli martabak 'Yani' yang terkenal enaknya. Hampa kerana orang terlalu ramai. Nak tunggu order 2 jam belum tentu dapat. Hampa.

Hari ni pergi lagi. Kira-kira 20 orang menunggu untuk mendapatkan order. So.. hampa lagi.
Orang ramai menunggu di depan gerai Martabak Yani
Nampaknya kena tunggu besok pulak. Kena datang awal agaknya baru boleh dapat. Ada juga gerai lain yang menjual martabak, tapi tak sama dengan Yani punya. Sabar separuh dari iman. Ok Yani besok 10 keping. Geram punya pasal.